MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

Seperti tahun-tahun yang sebelum pihak sekolah SK (LKTP) Keratong 3 membuat sambutan hari raya peringkat sekolah. Pada tahun ini sambutan hari raya peringkat sekolah telah diadakan pada 28 JUN 2018. Jika sebelum ini sambutan hari raya akan dipenuhi dengan gotong royong memasak nasi beriani namun pada sambutan kali ini sedikit kelainan telah ditampilkan.

Ini adalah kerana pada tahun ini telah diubah konsep kepada setiap rumah sukan menyediakan juadah masing-masing dan pelajar boleh memili mana-mana juadah yang disukai,

Rumah merah telah menyediakan air sunquick bersama juadah meehon sop.Manakala rumah biru dengan juadah nasi ayam. Rumah Hijau ketupat dan rendang. Rumah Kuning dengan nasi lemaknya. Tahniah kepada Penyelaras Program samutan Hari Raya Ustazah Nurasmahayu Mansor dan guru-guru serta kakitangan yang terlibat .








Ulasan