Sekolah Kebangsaan Keratong Tiga mula
dibuka pada 1 Januari 1983,dimana penempatan murid yang pertama seramai 296 orang dengan 5 orang guru termasuk Guru
Besar iaitu Mohd Yusof bin Yaacob sebagai Guru Besar yang pertama.Pada 1 Mac
1983 murid telah bertambah kepada 403 orang dan sebanyak 9 aliran dibuka dengan
tahun satu 3 aliran,tahun dua 2
aliran,tahun 3 hingga tahun 6 masing-masing satu aliran.Guru juga ditambah
menjadi 14 orang.
Buat
permulaannya oleh kerana tiada bangunan sendiri sekolah menumpang dibangunan
Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong Tiga. Bangunan sekolah dua tingkat dengan
lapan bilik darjah,1 bilik perpustakaan,1 bilik guru 1 pejabat dan sebuah
bamngunan projek kilat dengan 4 bilik darjah telah siap dibina dan digunakan
sepenuhnya pada awal tahun 1984.
Pada
30 September 1984 ,Guru Besar Encik Mohd Yusof bin Yaacob telah bertukar ke
sekolah kebangsaan Cherok Paloh,Kuantan.Tempat beliau telah diganti oleh Encik
Ismail Bin Abd.Latif yang sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah
Kebangsaan Mambang,Pekan ,Pahang.
Pertambahan
murid terus meningkat menjadi jumlah 588 kepada jumlah 16 aliran dengan jumlah
guru seramai 22 orang,Pada tahun 1985 sekolah telah dijadikan dua sesi dengan
10 kelas sessi pagi dan 6 kelas sessi petang.Justeru itu 2 orang pekerja am dan
1 orang kerani sambilan telah dilantik.
Pada
tahun 1986 12 unit rumah guru telah dibina melalui projek gotong royong bagi
penempatan guru-guru.
Pada
1 Mac 1987 sekolah ini telah dinaikkan taraf kepada Gred ‘B’ dan seorang Guru
Penolong Kanan (Pentadbiran),seorang Guru Penolong Kanan(Hal Ehwal Murid) dan
seorang Guru Penolong Kanan Kokurikukum tempat ditempatkan secara hakiki.
Pertambahan
jumlah murid terus meningkat kepada 991 orang pada tahun 1988 dan menjadikan 27
aliran.Dengan pertambahan yang mendadak ,pada tahun 1988 sekolah ini telah
dinaikkan taraf kepada sekolah Gred
‘A”.Encik Ismail telah bertukar dan digantikan dengan guru besar baru bernama
Encik Sheikh Mohd Yusof bin Sheikh Osman.Pada tahun yang sama juga sebuah
bangunan projek gotong royong dengan 4 bilik darjah telah dibina bagi menampong
pertambahan murid dan aliran.
Pertambahan
murid yang meningkat hingga mencapai 1000 orang sebuah lagi bangunan tambahan
dibina pada tahun 1989 dan siap pada taahun 1990 dengan jumlah kelas 8 bilik
darjah.Jumlah guru juga bertambah menjadi 44 orang dengan 27 aliran.
Negara
semakin pesat membangun,sektor pendidikan tidak mahu ketinggalan.Peningkatan
bilangan pelajar yang begitu mendadak tidak dapat lagi ditampung.
Justeru
itu,pada pertengahan tahun 1993 sebuah lagi bangunan baru dibina dengan 6 bilik
darjah dan digunakan sepenuhnya pada tahun 1993 dengan 30 aliran,dua sessi.
SKKT
telah mengalami pertumbuhan yang terus tegak menjana fikir,menampil
diri,memantap ICT,merelisasikan pendidikan semasa.Cita-cita terus
digarap,disusuli dengan keikhlasan dan kesedaran terhadap generasi masa
depan.Kehadiran Guru Besar En Saimon Bin Haji Siraj merupakan guru besar yang
ke 14.
Jumlah guru seramai 34 orang dan staff sokongan seramai 6 orang bagi tahun
2013. Jumlah murid pula seramai 494 orang dari prasekolah hingga tahun 6.
Pencapaian UPSR pada tahun 2012 ialah seramai 14 orang mencapai 5A dan peratus
kelulusan 87.72%.
Pada tahun 2018 jumlah guru adalah seramai 36 orang dan jumlah staff sokongan 5 orang. Jumlah murid pula adalah seramai 476 orang dari prasekolah hingga tahun 6 setakat 30 JUN 2018.
Ulasan
Catat Ulasan